Saturday, 15 December 2012

Mungkin Allah lebih sayangkan dia :'(


Assalamualaikum semua.
Setiap yang hidup, pasti akan mati. Ya, aku akui Allah lebih sayangkan dia dari abang, kakak dan adik adik dia yang lain. Tapi Allah lebih berhak ambil nyawa dia. Dia pergi tinggalkan kami semua pada pagi Jumaat 14/12/2012 jam 6.30 pagi. Aku redha kalau itu yang Allah takdirkan untuk dia. Aku tak sanggup bila kucing mati dibuang dalam tong sampah. Kalau mak aku nak buang dalam tong sampah jugak, aku nak nangis sebelah tong sampah tu.
‘ Takpelah, pino. Kau dah sakit sangat. Mungkin Allah sayangkan kau. Mak dah cuba yang terbaik untuk sembuhkan  kau. Takpe, mak tak paksa kau. Pergilah.. In Shaa Allah, kita jumpa dekat alam sana nanti.’ Sayu je mak aku cakap dengan dia macam tu. Sedih sangat sangat. Aku tahu, mak tabahkan hati mak tengok keadaan dia macam tu. Sabarlah ya, mak? Kita semua sayangkan dia, tapi mak janganlah nangis depan dia, roh dia tak tenteram. Lagi mak nangis, lagi tu lah dia terseksa.
Yes, aku admit. Pagi tu, mak aku dah panggil adik aku, tanya keadaan dia semalam. Okay ke tak. So, adik aku pun ceritalah. Adik aku ceritalah dekat mak aku. Lepastu mak aku cakap dia dah mati. Aku terkejut! Biar betul mak aku ni? And then aku terus tengok keadaan dia. Hahh?! ‘Dia kaku, sejuk’ detik hati aku.
Mak aku sanggup pergi kerja bertemankan airmata. Aku cakap dekat mak. ‘Sabar eh mak?’ Itu je yang aku mampu cakap.
And then, aku rasa nak nangis je. I don’t know why. Lepas solat Asar, aku main dekat bawah dengan adik aku. Aku main dengan adik aku sampai mak aku balik. Lepas mak aku balik, adik adik aku semua dah kumpul dekat luar rumah.
Lepastu, kitaorang cari tempat untuk kebumikan dia. Mak aku gali tanah sedalam yang mungkin. Lepas dah gali, mak aku letak dia. Sambil mak aku letak dalam tanah tu, mak aku cakap macam ni ‘Sorrylah, pino. Mak tak jaga kau elok elok.’ Masa tu, aku dah nak nangis dah. Adik aku dah tengok lain macam. Dia faham keadaan aku bila tengok kucing dalam keadaan berbungkus lepas tu ditanam. :’<
Alhamdulillah, Pino selamat dikebumikan. Aku cuba tabahkan hati ni supaya tak nangis. Ni adalah kali pertama, kucing meninggal depan mata aku. First time ever. :’< Yaa, sayang. Angah, adik adik dan mak takkan pernah lupakan kau. Aman lah kau disana yaa? Assalamualaikum :O


Ni masa dia sihat. :')

1 comment:

  1. kesian kau farid saba je la ea..jangan sedih sangat

    ReplyDelete