Monday 31 December 2012

Tahun Baru, Azam Baru 2013

Assalamualaikum semua. Aduh, rindunya kat blog ni. Eh, sorrylah baru harini dapat update blog ni. Sibuk je sejak kebelakangan ni. Faham faham je lah. Next year 2013, dah nak PMR. :)

Hey, hey! Back to the title. Hmm, tahun baru, azam baru 2013? Azam tahun 2013, berat sikit nak laksanakannya tapi saya cuba. Berubah untuk jadi yang terbaik, belajar betul betul supaya dapat straight A's dalam PMR. Eh? I mean 8A dalam PMR. Hmmm.

Apa lagi eh? Takde idea lah. Huhu ~ Itu je lah kot. Nanti kalau ada idea lagi, saya update lagi,, okay? Bye. Assalamualaikum :)

Saturday 15 December 2012

Mungkin Allah lebih sayangkan dia :'(


Assalamualaikum semua.
Setiap yang hidup, pasti akan mati. Ya, aku akui Allah lebih sayangkan dia dari abang, kakak dan adik adik dia yang lain. Tapi Allah lebih berhak ambil nyawa dia. Dia pergi tinggalkan kami semua pada pagi Jumaat 14/12/2012 jam 6.30 pagi. Aku redha kalau itu yang Allah takdirkan untuk dia. Aku tak sanggup bila kucing mati dibuang dalam tong sampah. Kalau mak aku nak buang dalam tong sampah jugak, aku nak nangis sebelah tong sampah tu.
‘ Takpelah, pino. Kau dah sakit sangat. Mungkin Allah sayangkan kau. Mak dah cuba yang terbaik untuk sembuhkan  kau. Takpe, mak tak paksa kau. Pergilah.. In Shaa Allah, kita jumpa dekat alam sana nanti.’ Sayu je mak aku cakap dengan dia macam tu. Sedih sangat sangat. Aku tahu, mak tabahkan hati mak tengok keadaan dia macam tu. Sabarlah ya, mak? Kita semua sayangkan dia, tapi mak janganlah nangis depan dia, roh dia tak tenteram. Lagi mak nangis, lagi tu lah dia terseksa.
Yes, aku admit. Pagi tu, mak aku dah panggil adik aku, tanya keadaan dia semalam. Okay ke tak. So, adik aku pun ceritalah. Adik aku ceritalah dekat mak aku. Lepastu mak aku cakap dia dah mati. Aku terkejut! Biar betul mak aku ni? And then aku terus tengok keadaan dia. Hahh?! ‘Dia kaku, sejuk’ detik hati aku.
Mak aku sanggup pergi kerja bertemankan airmata. Aku cakap dekat mak. ‘Sabar eh mak?’ Itu je yang aku mampu cakap.
And then, aku rasa nak nangis je. I don’t know why. Lepas solat Asar, aku main dekat bawah dengan adik aku. Aku main dengan adik aku sampai mak aku balik. Lepas mak aku balik, adik adik aku semua dah kumpul dekat luar rumah.
Lepastu, kitaorang cari tempat untuk kebumikan dia. Mak aku gali tanah sedalam yang mungkin. Lepas dah gali, mak aku letak dia. Sambil mak aku letak dalam tanah tu, mak aku cakap macam ni ‘Sorrylah, pino. Mak tak jaga kau elok elok.’ Masa tu, aku dah nak nangis dah. Adik aku dah tengok lain macam. Dia faham keadaan aku bila tengok kucing dalam keadaan berbungkus lepas tu ditanam. :’<
Alhamdulillah, Pino selamat dikebumikan. Aku cuba tabahkan hati ni supaya tak nangis. Ni adalah kali pertama, kucing meninggal depan mata aku. First time ever. :’< Yaa, sayang. Angah, adik adik dan mak takkan pernah lupakan kau. Aman lah kau disana yaa? Assalamualaikum :O


Ni masa dia sihat. :')

Sunday 7 October 2012

Yaya Aliya ;3

Hi Bloggers :) Saya nak cerita tentang seorang budak perempuan ni. Saya kenal dia dalam bulan 4. Saya kenal dia pun masa dia like status update saya di facebook. Teringgin nak berkenalan dengan dia. Saya ingatkan dia form 3, rupanya sama umur. Dia ni cantik.. xD tak tahulah macam manalah saya suka dia.. Selama saya kenal dia, saya tak pernah cakap and dengar suara dia. Behubung pun pakai Facebook je.. 

Tu je kot boleh cerita. Bye


Ni dia.. Cantik tak? :3 hehe

Friday 5 October 2012

A Story that I want to share ;)

Hi,Assalamualaikum Bloggers. Cerita ni masa raya terakhir aidilfitri kalau tak silap. Saya ada openhouse hari tu. Farrah Alia yang ajak openhouse dia hari tu. Orang yang ajak tu kata openshop, sebab dia buat kat kedai kan. Masa tu hari ahad. Saya datang, saya duduk dengan Zulaikha, Anis and Farrah. Kitaorang bersembang -sembanglah. Mak Farrah ajak makan, saya kata nanti, baru balik dari openhouse. Mak dia pun kata, tula, lain kali makan sana sikit-sikit, makan sini banyak-banyak. haha :D Tiba-tiba pulak mak Anis call. Mak dia kata lagi 10 minit mak dia sampai. Dah 'end call' tu Zulaikha kata kat saya, Weh Farid, mak Anis cantik,, saya pun kata yeke?? Anis buat muka kat Zulaikha. Tak cakap apa-apa. Mak dia pun sampai dalam  beberapa minit. Saya ikut Anis and Zulaikha naik kereta, tengok mak Anis,, Betul kata Zulaikha ;3 haha. Mak dia nampak muda.. Terkejut saya tengok. 

Keesokan harinya Zulaikha cerita apa mak anis cakap. Farid, semalam mak anis ingat kau nak tumpang. kalau nak tumpang mesti tak muat..haha ;D mak dia tanya anis, ada ajak dia pegi openhouse adek(anis) tak hari tu? Anis jawab tak. Sedih gilaa, kawan saya Anis tak ajak pergi openhouse dia.. abis tu Zuliakha kata, mak Anis kirim salam dekat saya xD mak Anis suruh Anis ajak saya pergi birthday party dia akhir tahun ni :D Tujelah saya rasa nak cerita. Assalamualaikum.

For Anis, aku bukan nak berlagak, bukan nak berbangga. Just nak cerita. :)

My Gang in My Class :')

Hi, Assalamualaikum bloggers. Korang ada geng tak kat kelas? Tak bestlah kalau kita tak ada geng dalam kelas. Saya ada geng, 2 lelaki, 4 perempuan. Nama diorang, Anis, Zulaikha, Farrah, Fatin, Anas dan saya sendiri. Seronok geng bersama diorang. Kini tinggal kenangan je :') Sedih gilaa rasa. Kini kitaorang dah berpecah. Tak tahu kenapa :'\  Nak sangat bersatu balik. Dulu, selalu kitaorang jalan-jalan sama-sama, buat kerja sama-sama. Sekarang,, hemm.. Biarlah.. Mungkin ada hikmahnya.

Anis Suraya
Anastazry
Farrah Alia
Zulaikha and Fatin Alesa








Sarahtul Izzah ;)

Hi, assalamualaikum bloggers. Hari ni saya nak ceritakan tetang kawan kecik saya ;) Saya kenal dia masa tingkatan 1. Saya sama kelas dengan dia :) Dia baik dengan saya. Saya kurang baik dengan dia sikit. Masa tingkatan 2, dengan tak sengajanya dia sama kelas dengan saya.  Pada awal tahun, baik je, selalu lambai, balik selalu lambai. masa bulan 9 dah kurang persahatan kitaorang :( Dia selalu ejek-ejek saya. Saya diam je. Mengalah. Saya ni besar, dia tu kecik je. Hari tu saya merajuk :3 Masa balik tu tak lambai dia pun. Malam tu saya hantar sms jiwang kat dia ;3 Gila punyaa panjanglah.. esok tu dia datang kat saya "Farid sorry-sorry. Menangis aku semalam.. Sorylah, aku tak sengaja. Mak aku pon baca. Malu aku. Aku kene marah dengan mak aku.. Saya dengar pon macam nak nangis :') Saya pon maafkanlah. Dia pon dah baik dengan saya sekarang :D Saya tak suka ada kawan suka ejek orang :) Faham-fahamlah :) Assalamualaikum.


Ni dia. Kecik je :D


Monday 1 October 2012

What class am I in school at 2012




Assalamualaikum bloggers :) Hari ini saya nak menceritakan tetang kelas saya di sekolah. Saya duduk di kelas nombor tiga di sekolah, iaitu 2 Cekal. Saya rasa seronok dengan kelas saya tahun ni, tak boleh nak bayangan xD seronok, seronok jugak. Prestasi peperiksaan saya teruk tahun ni.Tahun depan saya taknak masuk kelas hujung, hujung. Memalukan sangat. Peperiksaan akhir tahun terlalu hampir. Saya akan cuba terbaik. Dengan restu ibu bapa, guru serta semangat yang diberi oleh kawan-kawan. Kelas 2 Cekal memang 'sporting' :D Saya boleh dapat girlfriend pon dari 2 Cekal XD x3 Tu je saya rasa nak ceritakan. Assalamualaikum.